Kenali Jurubekam Kami

Assalamualaikum…

Hai, selamat berkenalan. Di sini kami ingin perkenalkan diri. Kami,  Muhammad dan Abdul Rahim Jurubekam utama di GoBekam.  Kami mula menuntut ilmu berbekam di Sanaa, Yaman pada tahun 2010.

Di sanalah tempat kami mula berjinak dengan Bekam. Dalam kalangan kami ada yang menghidap penyakit asma dan migrain sejak remaja. Dengan takdir Allah, kami disyorkan oleh rakan belajar di Yaman untuk berbekam. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan bekam secara berkala, penyakit kami beransur sembuh hari demi hari sehinggalah sekarang.

Bermula dari saat itu, kami telah jatuh cinta dengan kaedah rawatan Bekam. Kami bermula dengan membuat rawatan bekam secara percuma sesama kawan belajar di sana.

Apabila kami pulang ke Malaysia, kami cuba memperkenalkan rawatan bekam kepada ahli keluarga terdekat. Kami kerap memberi rawatan bekam kepada ahli keluarga untuk membantu tiap kali mereka memerlukan sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan kami.

Tahap kesihatan mereka juga makin memberangsangkan, dengan izin Allah. Alhamdulillah, kami berpuas hati bila dapat melihat mereka gembira.

Selepas beberapa bulan di Malaysia, kami mulakan langkah pertama dengan menghadiri kursus rawatan bekam. Kursus demi kursus kami hadiri untuk memahirkan lagi diri dalam rawatan bekam

Kerjaya kami dalam rawatan bekam bermula dengan berkhidmat di salah-satu pusat rawatan bekam yang bertapak di Shah Alam. Banyak yang dapat kami belajar. Ribuan terima kasih kepada guru kami Tuan Shahir Al-Farid yang banyak mengajar dan berkongsi ilmu ketika berkhidmat di sana.

Berbekalkan pengalaman yang ada, kami mula mengorak langkah ke hadapan dengan menyediakan khidmat bekam rumah ke rumah. Maka terciptalah Gobekam, Pusat Bekam Bergerak Selangor.

Kami berazam untuk memperluaskan khidmat rawatan bekam kepada lebih ramai orang. Dengan rawatan alternatif ini jugalah kami harap dapat membantu mengembalikan semula senyuman di bibir mereka.

Harapan kami juga agar dapat membuka pusat rawatan bekam sendiri suatu hari nanti, InshaAllah. Doakan impian kami berjaya!

Terima Kasih kerana menyokong kami,

Team Gobekam

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *