Tarikh dan Masa Yang Terbaik Untuk Berbekam

Maklumat berkenaan tarikh bekam yang afdhal dan baik untuk berbekam mengikut takwim hijri :
πŸ’ͺ 17HB
πŸ’ͺ 19HB
πŸ’ͺ 21HB

Kenapa dianjurkan berbekam pada tanggal 17, 19, 21.?
πŸ‘‰Β Menurut Hadits– ”Telah berkata Rasulullah s.a.w.
‘Barangsiapa yang berbekam pada tarikh 17, 19, atau 21,
maka ia menjadi ubat bagi segala macam penyakit ‘
( HR Abu Daud No. 3861: Dihasankan oleh al-albani dalam shahih sunan Abi Daud, 2/463).

πŸ‘‰Β Menurut sains– Pada tanggal 17,19,21 graviti bulan dengan bumi sangat kuat
sehingga menyebabkan Darah berada dalam keadaan yg sangat aktif.
Ketika itu juga segala racun, toksin dan radikal bebas mengalami tekanan yang kuat ke permukaan kulit
dan apabila dilakukan pembekaman ia memberi kesan yang sangat baik.

Kalau berbekam selain dari tarikh di atas macam mana?

Boleh, tiada masalah untuk berbekam pada waktu lain.
tarikh diatas cuma dianjurkan, bukan diwajibkan,
ini juga berdasarkan apa yang pernah dipraktikkan nabi Β kita, apabila sakit,
beliau tidaklah menunggu tanggal 17, 19, atau 21 untuk berbekam,
tetapi berbekam ketika itu juga(ketika beliau sedang sakit).

Bilakah waktu yang efektif untuk berbekam?
1- Pagi sebelum sarapan, jika berpenyakit kronik disarankan berbekam pada waktu ini.

2- Waktu tengahari sebelum makan tengahari ketika darah sedang bergolak.

3- Waktu malam selepas magrib, sebelum 11-12 malam (saraf berehat).

4- Ketika sakit, kerana tubuh sedang melawan penyakit dan pada masa yang sama darah juga akan bergolak.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *