ARTIKEL 2
Tidur adalah suatu keadaan semulajadi tubuh tidak aktif sehingga tubuh berehat
Tidur terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
- Tidur semulajadi ( Sihat)
- Tidur bukan semulajadi ( penyakit )
- Wap air dan kelembapan dalam tubuh yang terurai semasa tidur akan naik ke otak. Otak kemudian tidak berfungsi dan inilah di panggil tidur semulajadi.
- Tidur bukan semulajadi yang mana tidurnya akibat daripada kemalangan atau penyakit, iaitu wap dan kelembapan berlebihan sehingga menyebabkan susah untuk bangun.
Terdapat dua manfaat tidur:
- Anggota tubuh dan indera berehat dari segala aktiviti
- Metabolisma makanan dan proses pembakaran menjadi sempurna kerana tenaga atau panas semulajadi tubuh akan tertumpu pada proses percernaan dan ini sebabnya tubuh terasa dingin semasa tidur.
Kebiasaaan tidur seperti di bawah perlu dihindari kerana jika berterusan akan mengundang penyakit:
- Tidur meniarap( mengganggu proses percernaan dan jantung)
- Tidur siang selepas subuh( Melemahkan anggota badan )
- Tidur petang (Melemahkan otak dan menyebabkan Stress dan gila)
- Tidur dibawah sinaran matahari (mengundang penyakit terpendam)
- Tidur selepas makan (melemahkan badan mengeraskan organ hati)
Cara yang terbaik untuk tidur?
- Tidur yang terbaik adalah miring ke kanan kerana posisi ini meletakkan makanan di dalam perut berada dalam keadaan yang baik dan mudah dicerna. Jika mahu miring ke sebelah kiri boleh bertujuan mempercepatkan proses percernaan, tapi hanya untuk seketika kerana jika dibiarkan terus menerus boleh merosakkan jantung kerana pada posisi ini organ tubuh sedang menekan jantung.
